Terkini

Singapura Mencatatkan 942 Kes Baharu Harian Sementara Malaysia 54 Kes Baharu

Sumber Gambar
Singapura mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 harian tertinggi hari ini iaitu 942 kes menjadikan kumulatif kes positif setakat hari ini sebanyak 5,992 kes. Daripada kes baharu, hanya 12 kes melibatkan warga Singapura dan penduduk tetap.

Sebilangan besar kes ini melibatkan pemegang pas pekerja yang tinggal di asrama pekerja asing. Ia sekaligus menjadikan jumlah kes positif Singapura mendahului jumlah kes yang dicatatkan di Malaysia.

Sementara itu, Malaysia hanya mencatatkan pertambahan 54 kes hari ini dengan kumulatif kes positiff sebanyak 5,305 kes. Jumlah kes sembuh harian masih melebihi kes baharu iaitu sebanyak 135 kes menjadikan kumulatif kes sembuh 3,102 kes. Pertambahan 2 kes kematian hari ini menjadikan jumlah kematian di Malaysia sebanyak 88 kes kematian.


Sumber Gambar

Sumber Gambar






No comments