10 Destinasi Percutian di Sabah Yang Perlu Anda Kunjungi Setelah PKP Berakhir
10 Destinasi Percutian Yang Perlu Anda Kunjungi di Sabah Setelah
PKP Berakhir
Sebut sahaja nama negeri Sabah, sudah pasti ramai
mengenalinya. Ada yang mengenali Sabah disebabkan kepelbagaian makanan etnik,
kepelbagaian Bahasa dan sudah pasti mengenali Sabah kerana keindahan alam
floranya.
PKP masih berjalan dan kita semua masih tidak boleh
berjalan ke mana-mana. Penulis kongsikan 10 destinasi yang perlu anda kunjungi
di Sabah setelah PKP berakhir nanti.
#1. Bohey Dulang, Semporna
Terokai pemandangan indah dari Puncak Bukit Bohey
Dulang. Pendakian 40 minit pasti akan memberikan kepuasan setelah tiba di
puncak.
Gambar: Jejak Borneo |
Gambar: Jejak Borneo |
#2. Mabul, Semporna
Sinonim sebagai destinasi selam skuba terbaik di
dunia. Mabul bukan sahaja memberikan pengalaman snorkeling/diving yang terbaik,
tapi turut memberikan peluang kepada pengunjungnya melihat kehidupan masyarakat
setempat yang unik dan pelbagai.
Gambar: Jejak Borneo |
Gambar: borneofullforce.com |
#3. Taman Marin Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu
“Short-Trip” ke pulau-pulau sekitar Kota
Kinabalu. Hanya beberapa minit menaiki bot dari Jesselton Point Jetty Terminal.
Luangkan masa seketika snorkelling, mandi laut serta bermain pantai.
Gambar: Jejak Borneo |
Gambar: Jejak Borneo |
#4. Pulau Mantanani, Kota Belud
Pulau yang terletak di Kota Belud ini mempunyai
keunikan sendiri. Air laut jernih membiru, pasir pantai memutih, privasi dan
banyak lagi diceritakan untuk Mantanani.
Gambar: Jejak Borneo |
Gambar: Jejak Borneo |
#5. Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang
Tempat yang sudah terkenal sebagai New Zealand Sabah.
Sebut Kundasang, sebut lembu-lembu, itulah Desa Cattle Dairy Farm. Pasti,
selepas PKP nanti tempat ini akan menjadi sesak.
Gambar: Jejak Borneo |
Gambar: Jejak Borneo |
#6. Sungai Kinabatangan, Kinabatangan
Menyelusuri Sungai Kinabatangan memberikan pengalaman
berbeza. Melihat hidupan liar seperti buaya, monyet belanda, gajah dan banyak
lagi yang bebas berkeliaran di habitat mereka.
Gambar: worldwildlife.com |
Gambar: getyourguide.com |
#7. Polumpong Melangkap View Campsite, Kota Belud
Destinasi terbaik untuk santai Bersama keluarga dan
rakan-rakan. Merasai suasana perkhemahan dengan suasana “anak kampung”. Gah
kelihatan Gunung Kinabalu, jelas kedengaran air sungai sejuk yang mengalir.
Malam pula buat BBQ, lepaskan kebebasan.
Gambar: Jejak Borneo |
Gambar: Jejak Borneo |
#8. Taman Hidupan Liar Lok Kawi
Terdapat pelbagai hiduan liar di sini. Sesuai untuk membawa
anak-anak yang sudah terkurung di rumah sepanjang PKP. Kenalkan mereka dengan
hidupan liar dan lihatnya secara nyata. Pasti mereka akan seronok sebelum ini
hanya melihatnya melalui Youtube kini berada nyata depan mata.
Gambar: Jejak Borneo |
Gambar: Jejak Borneo |
#9. Maliau Basin Conservation Area
Dikenali sebagai Sabah Lost World. Hutan belukar seluas
58,840 hektar ini sesuai untuk aktiviti jungle-trekking. Apa yang menarik, anda
akan menyaksikan Air Terjun Tingkat Maliau Falls.
Gambar: Top Peak Travel |
Gambar: Spirit Quest Travel |
#10. Gunung Kinabalu
Aktiviti yang ekstrim, pendakian 2h1m Gunung Kinabalu
akan memberikan pengalaman yang cukup berbeza. Sudah semestinya memerlukan persiapan
mental dan fizikal yang cukup.
Gambar: Jejak Borneo |
Gambar: Jejak Borneo |
No comments