Terkini

Diiktiraf Salah Satu Dari Tiga Doktor Terbaik Dunia, Ini Respon Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah


Sumber Gambar
Setiap hari rakyat Malaysia ternanti-nanti sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung status terkini jangkitan Covid-19 di Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Ybhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Malaysia hari ini sekali lagi mencatatkan jumlah kes sembuh melebihi kes baharu. Setakat 16 April 2020, 12 tengah hari 119 kes sembuh baru dicatatkan menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 2,766 kes. Sementara itu, 110 kes baharu dicatatkan menjadikan kumulatif kes positif sebanyak 5,182 kes. Terdapat satu kes kematian menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia setakat ini 84 kes.

Sumber Gambar
Pengurusan kes pandemik Covid-19 di Malaysia berada pada tahap yang terbaik dan boleh dibanggakan. Baru-baru ini Global TV Network, sebuah stesen television China mengiktiraf Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai satu daripada tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usaha mereka menangani Covid-19. Turut disenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfiled dari New Zealand.



Mengulas lanjut pengiktirafan tersebut, Dr. Noor Hisham berkata "Pengiktirafan itu bukan untuk saya tetapi untuk negara." Pada beliau, apa yang penting bagi Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja dalam satu pasukan.


Sambungnya lagi, "KKM memberikan nasihat (kepada kerajaan) dan pastinya yang membuat keputusan bukanlah saya tetapi sebenarnya adalah Perdana Menteri."

Tonton video penuh Kenyataan Media Status Terkini Covid-19 Setakat 16 April 2020, 12 tengah hari.


No comments