Terkini

Pergerakan Mengikut Zon dilaksana di Tawau

Sumber Gambar
Tawau kini melaksanakan pergerakan mengikut zon. Terdapat enam zon yang ditetapkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tawau untuk penduduk keluar membeli barangan keperluan dan urusan perbankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas, berkata pembahagian zon dilaksana mengikit keperluan asas masyarakat seperti bekalan makanan dan perbankan, selian faktor mengehadkan jarak pergerakan penduduk di Tawau.

"Hal ini bagi mengelak orang ramai bertumpu di pusat bandar dan langkah ini dilaksanakan selepas mengambil kira kedudukand an fasaliti yang ada di setiap zon yang dilengkapi kemudahan seperti pasar raya, pasar, institusi kewangan, stesen minyak dan sebagainya." Katanya kepada pemberita.

Zon 1: Kawasan Check Point sehingga Batu 8
Disaran membeli barangan keperluan di Taman Sawit Balung, Batu 15 serta Batu 8

Zon 2:  Kampung Batu Payung sehingga Batu 5
Disaran membeli barangan keperluan di zon masing-masing

Zon 3: Penduduk sekitar Batu 2 hingga Batu 4
Disaran membeli barangan keperluan di zon masing-masing

Zon 4: Kawasan Kongsi 10 dan radius pergerakan sekitar Taman Semarak dan Jalan Kuhara
Disaran membeli barangan harian dan keperluan bank di Batu 3

Zon 5: Kampung Muhibbah, Taman Uni Villa, Taman Semarak, Taman Wawasan, Taman Ria 11, Pasir Putih hingga sekitar kawasan Sin Onn
Mempunyai kemudahan pasar raya, klinik kesihatan dan stesen minyak di zon sendiri

Zon 6: Kalabakan, Merotai, Bombalai dan sekitanya
Berbelanja di zon sendiri namun diberikan kelonggaran untuk urusan institusi kewangan ke zon berhampiran.

Sumber: Bernama

No comments