Terkini

Pertama Kali di Malaysia, JAWI Melaksanakan Nikah Online Hari Ini

Buat pertama kali diadakan di Malaysia, hari ini JAWI melaksanakan pernikahan secara online bagi pasangan Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29. Nikah online ini dilaksanakan ekoran pelaksanaakn Perintah Kawalan Pergerakan serta usaha mengekang penularan Covid-19.

Sumber Gambar
Majlis penuh bersejarah ini turut disiarkan secara live menerusi Facebook Berita AlHijrah yang turut disaksikan oleh Menteri Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI.

Pernikahan itu disempurnakan dengan sekali lafaz walaupun pengantin perempuan berada di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak sementara pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa dan berwalikan kepada bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis serta kehadiran saksi.

Sumber Gambar
Pada 17 April lalu, JAWI telah membuat ketetapan terbaru dengan memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin untuk melaksakan akad nikah secara online (sidang video) mengikut garis panduan yang ditetetapkan.

Sumber: Berita AlHijrah

No comments