Thermomix, Mesin Bernilai RM7,188 Yang Menjadi Idaman 'Orang Rumah'
Sumber Gambar |
Kini, untuk menjadi tukang masak seperti chef professional bukan lagi menjadi masalah dengan bantuan mesin Thermomix.
Mesin ini mulai viral melalui perkongsian Tuan Mohd Yazid Ismail dan isterinya Puan Widyana Ali di laman facebook mereka. Rata-rata 'orang rumah' membuat perkongsian kembali posting mereka dan berdoa semoga satu hari nanti akan memiliki mesin tersebut.
Mesin ini semakin menjadi viral setelah Seri Paduka Baginda Permaisuri Agung memuat naik gambar mesin ini di laman instagram baginda baru-baru ini.
1. Urusan memasak menjadi senang, cepat dan mudah. Pengguna hanya perlu memilih resepi pada skrin dan memasukkan bahan-bahan yang diperlukan.
Nak tengok lebih lanjut bagaimana mesin ini berfungsi boleh tonton video di bawah.
Dari semakan penulis, mesin ini dijual dengan harga RM7,188 seunit di Malaysia. Ia boleh ditempah menerusi laman rasmi Thermomix Malaysia dan Facebook Thermomix Malaysia.
Apa kelebihan mesin memasak ini hingga menjadi viral dan idaman?
Melalui perkongsian Tuan Mohd Yazid Ismail, berikut adalah ringkasan kelebihan mesin Thermomix;
1. Urusan memasak menjadi senang, cepat dan mudah. Pengguna hanya perlu memilih resepi pada skrin dan memasukkan bahan-bahan yang diperlukan.
2. Dapur tidak bersepah kerana mesin ini berfungsi 20 dalam 1.
3. Terdapat fungsi "self-cleaning". Ini yang terbaik kerana anda tidak perlu pening untuk membersihkannya.
Nak tengok lebih lanjut bagaimana mesin ini berfungsi boleh tonton video di bawah.
No comments