Terkini

Pulau Mantanani, Kota Belud. Keindahan Pulau dan Pasir Yang Memukau



Sabah sudah terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya. Namun, yang selalu kedengaran ialah pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu dan Semporna. Siapa sangka, di Kota Belud juga terdapat pulau yang indah. Kejernihan warna laut dan pasir yang memutih pasti memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke Mantanani.

Perjalanan ke Pulau Mantanani mengambil masa 3 jam dari Kota Kinabalu.

Mari ikuti kisah perjalanan admin ke Pulau Mantanani.

Seawal jam 6 pagi mulai memandu dari Kota Kinabalu ke Kota Belud. Perjalanan awal pagi agak baik sebab jalan belum mulai sesak. Sepanjang perjalanan akan dihidangkan dengan pemandangan yang indah dan tenang. Bermula dari Tuaran sehingga Kota Belud, kiri dan kanan kelihatan kawasan tanaman padi. Ada beberapa lokasi juga kawasan berbukit. Simboliknya Kota Belud ialah pemandangan indah Gunung Kinabalu yang jelas kelihatan di awal pagi. Tahukah anda? Kedudukan Gunung Kinabalu pada bendera Sabah diambil dari arah Kota Belud.



Setiba di Pekan Kota Belud, berehat sebentar dan sambung pemanduan ke Jeti Kampung Rampayan. Terdapat banyak operator pelancongan yang menawarkan pakej daytrip ke Pulau Mantanani di sekitar Jeti Kampung Rampayan. Jadi, sebelum datang seeloknya tempah awal. Tepat 9.30 pagi, admin tiba di Jeti Riverside dan menunggu pelancong yang lain tiba. Mantanani sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong China dan Korea. Jadi jangan hairan jika bot yang anda naiki dipenuhi oleh mereka.

Sekitar 10 pagi bot akan bertolak dari Jeti Rampayan. Kebanyakan bot menggunakan enjin kuasa kuda yang besar. Perjalanan ke Pulau Mantanani menaiki bot memang agak mencabar jika laut sedang bergelora. Bagi yang cepat pening dan muntah, baik minum ubat muntah terlebih dahulu dan sediakan plastik manalah tahu termuntah. Perjalanan menaiki bot laju hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Perasaan takut akan mulai hilang setelah kelihatan Pulau Mantanani Besar dan Mantanani Kecil. Ia menandakan sebentar lagi bot akan tiba ke destinasi yang dituju. Menghampiri Mantanani anda akan kagum dengan kejernihan air lautnya. Ditambah lagi dengan air laut bak kristal berkaca-kaca sememangnya memukau. 




Setelah bot tiba di pantai, pasir yang memutih akan menyambut kedatangan anda. Kagum dan tidak terkata. Keindahan Pulau Mantanani masih terjaga. Kadar penduduk di sini pun tidak seberapa. Sebab itulah keindahan masih terjaga dengan baik.


Apakah aktiviti yang dilakukan di Mantanani?

Anda boleh memilih untuk aktivti snorkeling mahupun scuba dving. Scuba diving? Bukan perlu lesen? Jika anda tiada lesen scuba diving anda masih berpeluang untuk merasai pengalaman scuba diving dengan mengambil pakej Discovery Scuba Diving (DSD). Admin memilih untuk aktiviti snorkeling. Bagi aktiviti snorkeling, operator akan membawa ke dua tempat iaitu di Pulau Mantanani Kecil dan Linggisan.




Snorkeling di Mantanani mungkin sama seperti tempat lain. Ada tempat yang hanya kelihatan batu karang kecil serta sedikit kawanan ikan. Namun, ada tempat yang akan kelihatan banyak batu karang besar dan kecil serta kumpulan ikan yang banyak. Yang penting, anda bersabar dan seronok menikmati tiap masa anda menundukkan kepala dengan alat snorkel ke dalam laut.

Selesai snorkeling, tiba masa untuk makan tengah hari. Ketika ini, semua sedang kelaparan setelah lama snorkeling. Dalam keadaan lapar sudah pasti akan terbayang apakah makanan tengah hari nanti? Kembali ke tempat operasi operator, lokasi pertama  yang dituju ialah ruangan makan. Kali ini agak istimewa kerana lauk yang disediakan semuanya seafood. Istimewa lagi, siap ada abalone.

Menyelerakan.. Lagi-lagi time perut tengah lapar..
Perut sudah kenyang, masa untuk merakam kenangan indah pula. Ambil peluang untuk mengambil gambar di pantai pasir yang memutih. Agak terik panas mentari, namun itulah lumrah bila masuk pulau. Amaran.! Jangan ke pulau kalau takut sunburn.




Tepat jam 3 petang, hon bot dibunyikan menandakan masa untuk kembali ke tanah besar. Perjalanan balik masa petang biasanya laut bergelora jika keadaan cuaca berangin dan air sedang pasang/surut. Dalam bot macam rollercoaster. Sekali lagi. Jangan sampai termuntah. Tapi kalau cuaca baik, anda akan berasa tenang sahaja di bot hingga tiba di Jeti Rampayan.

Sunset di Mantanani. Gambar oleh Homestays Mantanani.
Selamat kembali ke Jeti Rampayan. Next ke mana? Jika anda rasa penat boleh saja terus memandu balik ke Kota Kinabalu. Tapi, anda mungkin akan rugi jika tidak luangkan masa menanti senja di Cabana Retreat. Salah satu tempat glamping yang terkenal di Sabah dan terletak di Kota Belud. Jaraknya hanya 1km dari Jeti Rampayan. Memang sangat rugi jika anda tidak luangkan masa seketika di sini sebelum balik ke Kota Kinabalu.



Setelah selesai semuanya, maka tiba masa untuk balik semula ke Kota Kinabalu. 

Pakej Mantanani hanya ada pakej daytrip saja ka? Sebenarnya, anda boleh bermalam di Mantanani. Terdapat banyak homestay milik penduduk tempatan di Mantanani. Boleh tempah terus melalui Facebook Homestays Mantanani. Admin sebelum ini pernah menginap 3H2M di Mantanani memang tidak membosankan. Suasananya tenang, aman dan damai. Jika nak rasa mewah, boleh saja cuba menginap di Sutera Mantanani dan beberapa chalet di sini.


Nak tahu lebih lanjut berkenaan Mantanani? Anda kena datang dan lihatnya sendiri setelah berakhinya PKP nanti. 

Pakej Mantanani boleh ditempah melalui Jejak Borneo Travel & Tours Sdn. Bhd. (WhatsApp - 01136464964)

No comments