#1. Sipadan Kapalai Dive Resort, Semporna
Didirikan atas terumbu karang di Semporna sememangnya memberikan pengalaman yang berbeza. Pemenang anugerah "Dive Resort of The Year 2010" daripada
Dive The World. Perjalanan menaiki bot laju selama 45 minit akan menjanjikan suasana tenang dan romantis apabila tiba di sini.
#2. Mataking Dive Reef Resort, Semporna
Terletak di Lautan Celebes dan berhampiran dengan sempadan perairan Malaysia - Filipina. Keunikan Pulau Mataking terdapatnya
Underwater Post Office serta
sandbank yang panjang menyambungkan Mataking Besar dan Mataking Kecil. Bagi penggemar
scuba diving Mataking pasti tidak akan mengecewakan.
Website: GTS Travel Services Sdn Bhd
#3. Mabul Water Bungalow Resort, Semporna
Penarafan 4-Star Floating Dive Resort sangat bertepatan pengalaman yang diperolehi apabila menginap di sini di Mabul Water Bungalow Resort. Dengan binaan seperti banglo mewah atas air dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pastinya akan menjadikan suasana bulan madu penuh nostalgia dan romantis.
Website:
Explore Asia Tours Sdn Bhd
#4. Pom-Pom Island Resort, Semporna
Bagaikan syurga dunia, Pom-Pom Island Resort menjanjikan suasana privasi bagi percutian mewah. Dikelilingi air laut yang jernih, pasir pantai yang memutih serta dilengkapi pelbagai kemudahan semestinya menjadikan percutian mewah menjadi sempurna.
#5. Sipadan Water Village, Semporna
Satu lagi villa mewah yang terdapat di Pulau Mabul. Senibina villa berkonsepkan tradisi Bajau dengan binaan kayu belian. Sipadan Water Village juga antara villa yang telah lama didirikan di Pulau Mabul.
Kalau anda tercari-cari Pakej Percutian Bajet ke Semporna boleh berhubung terus dengan Jejak Borneo Travel & Tours Sdn. Bhd. (WhatsApp:
01136464964 / Facebook Page:
Jejak Borneo)
No comments