TEMPOH PKP DILANJUTKAN SEHINGGA 28 APRIL 2020
PERDANA MENTERI, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Gambar BERNAMA
Teka-teki berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akhirnya terjawab hari ini. Menerusi sidang media petang ini, Perdana Menteri mengumumkan tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April 2020.
Tempoh PKP kini memasuki Fasa Ketiga. Fasa Pertama 18 - 31 Mac 2020 dan Fasa Kedua 1 - 14 April 2020.
Langkah ini adalah ikhtihar memutuskan rantaian penularan Covid-19. Saban hari perkembangan usaha menangani penularan Covid-19 ke tahap yang agak stabil.
Rakyat digesa untuk terus patuh kepada gesaan kerajaan untuk terus kekal di rumah atau #stayathome serta menjaga penjarakan sosial bagi memastikan langkah yang diambil kerajaan ini berhasil.
Sementara itu, sesi persekolahan turut ditangguhkan sehingga keadaan kembali pulih.
No comments