iPhone SE 2020 dengan harga serendah RM1,999 telah dilancar
![]() |
Gambar Apple |
Buat pertama kali, Apple telah melancarkan siri iPhone mampu milik secara rasminya semalam iaitu model iPhone SE 2020.
Model iPhone SE 2020 ditawarkan dengan harga bermula RM1,999 seunit bagi versi storan 64GB, RM2,199 bagi versi storan 128GB dam RM2,699 bagi verso storan 256GB.
Meskipun menggunakan nama yang sama dengan model yang pernah dikeluarkan empat tahun yang lepas, model kali ini menawarkan spesifikasi yang berbaloi dengan harga yang murah.
Dari segi rekaan, iPhone SE 2020 mengembalikan rekaan sama seperti iPhone 8. Menariknya hanya luaran sahaja nampak sama namun dalamnya sangat berbeza. Jika iPhone 8 menggunakan A11 Bionic chipset, tetapi iPHone SE 2020 menggunakan A13 Bionic chipset iaitu processer yang sama digunakan pada iPhone 11.
Siri peranti kali ini sememangnya sangat berbaloi-baloi. Apa tidaknya, hadir dengan pemprosesan yang sama seperti model peranti yang mahal namun harga lebih murah ditawarkan.
Kalau anda sudah mempunyai perancangan untuk membeli smartphone baru, mungkin iPhone SE 2020 boleh dipertimbangkan.
Post Comment
No comments